SSsesiapa melakukan perbuatan biadap terhadap Allah secara terang-terangan dan berbangga dengannya, pasti Allah membinasakan dan memusnahkan mereka. Orang yang merenung sejarah silam dan perjalanan golongan terdahulu akan jelas mengetahui mengenai perkara tersebut. Apakah sebab kaum Nabi Nuh ditenggelamkan? Apakah sebab kaum Ad (kaum nabi Hud) dibinasakan dengan angin ribut yang kencang? Apakah sebab kaum Thamud dibinasakan dengan disambar petir?
Jumaat, 18 April 2014
ANGKARA DERHAKA KEPADA IBU BAPA (((((
DERHAKA KEPADA IBU BAPA MENEMPA KEMURKAAN ALLAH
Dalam jalur hubungan secara mendatar di antara sesama manusia, dari segi tertib dan prioriti, hubungan dengan ibu bapa mempunyai martabat yang khusus dan tinggi. Bagi anak, dia hendaklah meletakkan pada kedudukan yang tinggi dan istimewa martabat kemuliaan ibu bapa dan wajib mendahulukan mereka sebelum orang lain dalam berbuat bakti selepas Allah Ta‘ala dan RasulNya. Kemuliaan dan ketinggian martabat ibu bapa itu bukan diangkat oleh siapa-siapa tetapi diangkat dan dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa ta'ala, sehinggakan Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan bapa.”
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)
Sebab apa Allah mengangkat martabat ibu bapa? Kerana ibu dan bapa sangat besar jasanya kepada kita. Tidak ada manusia di muka bumi ini yang lebih besar jasanya kepada kita selain ibu dan bapa. Dengan susah payah ibu kita mengandungkan dan melahirkan. Kemudian ibu bapa kita mengasuh, membesarkan, mendidik dan mencukupkan segala keperluan. Semua itu dilakukan dengan tulus ikhlas dan dengan rasa penuh kasih sayang.
Oleh itu, dalam membina hubungan sesama manusia, ibu bapa mestilah mendapat keutamaan lebih daripada orang lain. Sangat ganjil rasanya jika seseorang mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain seperti kawan-kawan di pejabat, di sekolah dan sebagainya, akan tetapi hubungan dengan ibu bapa sendiri diabaikan, apatah lagi jika diderhakai.
Tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa bukanlah berdasarkan adat atau kebiasaan yang diwarisi turun-temurun, akan tetapi ianya merupakan tuntutan syara‘. Islam menuntut supaya setiap orang berbuat baik kepada ibu bapa, dan hukumnya adalah fardhu ‘ain. Maknanya, apabila dihukumkan fardhu ‘ain maka setiap orang wajib berbuat baik kepada ibu bapanya sendiri, dan perkara berbuat baik kepada keduanya itu bukanlah suatu yang boleh diwakil-wakilkan kepada orang lain untuk melakukannya. Tuntutan ini banyak dijelaskan melalui dalil-dalil syara‘, di antaranya sebagaimana terkandung di dalam firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya :
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah!’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Surah Al-Israa’, ayat 23-24)
Di dalam ayat yang lain Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman yang tafsirnya :
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.”
(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)
Sementara dalil-dalil yang terdiri daripada hadits Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam yang menegaskan tentang perkara ini, di antaranya hadits yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr bin ‘Al-‘Ash, beliau berkata yang maksudnya :
“Seorang lelaki datang berjumpa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, beliau meminta izin untuk berjihad, lalu Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bertanya: “Adakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Beliau menjawab: “Ya”, Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Maka kepada keduanyalah engkau berjihad (berbuat baik kepada keduanya dengan jiwa dan harta).”
(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hadits di atas memberi petunjuk hukum bahawa berbuat baik kepada kedua ibu bapa itu adalah lebih diutamakan berbanding tuntutan berjihad pada jalan Allah, kerana berjihad pada jalan Allah itu merupakan tuntutan fardhu kifayah (apabila sebahagian orang melakukannya maka gugurlah tuntutan kepada sebahagian yang lain), sedangkan berbuat baik dengan kedua ibu bapa itu merupakan tuntutan fardhu ‘ain, di mana setiap orang mesti melakukannya. Fardhu ‘ain lebih kuat atau lebih tegas tuntutannya berbanding fardhu kifayah. Oleh itu wajib bagi setiap orang berbuat ihsan kepada kedua ibu bapanya.
ANGKARA DERHAKA KEPADA RASULULLAH S.A.W. (((
Tidak derhaka kepada Rasulullah S.A.W. Dan Pemimpin.
Jun 18, 2011 — sulaiman Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w., sabdanya: “Sesiapa yang taat kepada ku maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah, dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah, dan (selain itu) sesiapa yang taat kepada ketua – pemerintah maka sesungguhnya ia telah taat kepada ku dan sesiapa yang derhaka kepada ketua – pemerintah maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada ku ..”(Bukhari dan Muslim) Apa yang disuruh oleh Allah s.w.t, itu jugalah yang disuruh oleh Nabi, begitu juga dengan perkara yang dilarang, maka sesiapa yang taat kepada nabi juga taat kepada Allah s.w.t: An-Nisaa[80] Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah… Ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah ketaatan secara mutlak (penuh) dan ianya tidak bersyarat. Apabila Allah dan Rasul memerintahkan agar melakukan sesuatu maka kita tidak mempunyai pilihan lain dan tidak boleh memberikan sebarang alasan.
Ketaatan kepada pemimpin (termasuk ibubapa) pula adalah bersyarat iaitu taat sekiranya apa yang disuruh atau diperintahkan itu tidak bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul.
Tidak perlu taat kepada pemimpin dalam perkara maksiat. Rasulullah s.a.w bersabda “Tidak ada ketaatan kepada siapa pun dalam maksiat kepada Allah, ketaatan hanyalah dalam perkara yang baik menurut syariat.” (HR. Bukhori dan Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:“Mendengar dan mematuhi itu wajib ke atas setiap orang Islam sama ada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka, selagi ia tidak disuruh melakukan maksiat. Apabila disuruh melakukan maksiat, tidak harus lagi didengar dan dipatuhi” (Riwayat Ahmad Dan Muslim)
Daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Dengar dan Taatlah jika dilantik ke atas kamu (sebagai pemerintah) hamba habsyah yang kepalanya seakan-akan buah anggur selama mana dia menegakkan Kitab Allah’. Dan dalam riwayat yang lain: ‘Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepada Abu Zarr r.a: ‘Dengar dan Taatlah walaupun kepada seorang Habsyi yang kepalanya seperti anggur’. [Hadis dikeluarkan: al-Bukhari, Ibn Majah, dan Ahmad]. Walaupun pemimpin itu melakukan maksiat, kita dilarang memeranginya selagi mereka masih bersembahyang bersama kita. Daripada Ummu Salamah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan diangkat para penguasa untuk kamu. Di mana kamu mengenalinya dan kemudian engkau mengingkarinya (kerana ia telah melakukan maksiat). Sesiapa yang benci, maka ia telah berlepas tangan. Sesiapa yang mengingkarinya, benar-benar ia telah selamat. Akan tetapi, sebaliknya pula kepada mereka yang redha dan patuh terhadap pemimpin tersebut”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah kami boleh memeranginya?”. Beliau menjawab: “Tidak, selagi mereka masih melaksanakan solah”. Iaitu sesiapa yang membenci dan mengingkari dengan hatinya.” (Hadis Riwayat Muslim,
ANGKARA DERHAKA KEPADA ALLAH S.W.T. (((((ISLAM : HUKUM AL-QURAN RELEVEN SEPANJANG MASA )))))
Demikianlah peraturan Allah SWT di alam semesta ini sesiapa melakukan perbuatan biadap terhadap Allah secara terang-terangan dan berbangga dengannya, pasti Allah membinasakan dan memusnahkan mereka.
Orang yang merenung sejarah silam dan perjalanan golongan terdahulu akan jelas mengetahui mengenai perkara tersebut. Apakah sebab kaum Nabi Nuh ditenggelamkan? Apakah sebab kaum Ad (kaum nabi Hud) dibinasakan dengan angin ribut yang kencang? Apakah sebab kaum Thamud dibinasakan dengan disambar petir? Apakah sebab kaum Luth dibenamkan dan ditimpakan hujan batu? Apakah sebab Firaun dan tenteranya ditenggelamkan? … Tidak lain tidak bukan sebabnya ialah maksiat yang berleluasa dan ia dilakukan dengan terdedah, terang-terangan. Justeru sesiapa yang terlanjur melakukan maksiat, kemudian ia menutupnya, tidak mendedahkannya dan tidak bermegah dengannya, maka peluang taubat masih terbuka. Ia masih boleh diharapkan untuk meninggalkan maksiat dan tidak mengulanginya. Pada zaman Rasulullah s.‘a.w terdapat seorang telah mengaku berzina. Kemudian Rasulullah s.‘a.w bersabda: “Wahai manusia, tibalah masanya untuk kamu menghentikan daripada melanggarkan batasan Allah.
Sesiapa yang telah melakukan perkara yang jijik hendaklah ia menutupnya dengan perlindungan daripada Allah.” Kata Ibn Umar: Sabda Rasulullah s.‘a.w: Allah SWT menghampiri orang beriman pada hari Qiamat lalu menaunginya dan melindunginya lalu mengatakan: “Adakah kamu tahu tentang dosa ini? Adakah kamu tahu tentang dosa itu?” Lalu orang beriman tersebut menjawab: “Ya.. saya tahu mengenainya.” Apabila ia mengakui perbuatan yang dipersoalkan itu dan merasakan dirinya akan binasa, Allah SWT mengatakan kepadanya: “Aku telah menutupnya untuk kamu di dunia, maka pada hari ini aku ampun kamu.” Kemudian diberikan lembaran catatan kebaikannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Seruan kebaikan dan larangan kejahatan (Amar Ma’ruf Dan Nahi Mungkar) Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman: Maksudnya: Dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar. (Luqman: 17) ‘Amar ma`ruf’ dan ‘nahi mungkar’ merupakan tugas mulia yang dipikul bersama oleh orang mukmin dan Rasulullah SAW. Ia merupakan sebab-sebab yang membawa kepada kesejahteraan dan mengekalkan keutuhan serta kredibiliti umat akhir zaman.
Berkaitan dengan tugas Rasulullah SAW, Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman: Maksudnya: Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji. (Al-A`raf: 157) Berkaitan dengan tugas orang mukmin, Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman: Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan. (At-Taubah: 71) Berkaitan ayat yang menjelaskan tentang kesejahteraan dan ketinggian umat ini Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman: Maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Ali Imran: 110) Berkaitan arahan suci daripada Allah ‘Azza Wa Jalla kepada orang mukmin agar melaksanakan tugas yang mulia ini dan sebagai kewajiban beragama adalah berdasarkan firman-Nya:- Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berda’wah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang berjaya. (Ali Imran: 104) Rasulullah SAW telah memberi peringatan bahawa amar ma`ruf dan nahi mungkar adalah antara sebab membebaskan diri dari azab Allah ‘Azza Wa Jalla: Maksudnya: Ummu Salamah isteri Rasulullah SAW berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan terdapat pemimpin-pemimpin yang melakukan kebaikan dan juga kejahatan, sesiapa yang menegah kejahatan yang dilakukan oleh mereka maka ia telah terlepas (dosa bersekutu dengan kejahatan dan dari azab Allah), sesiapa yang membenci di hati (terhadap perbuatan mungkar tersebut) maka sesungguhnya ia telah terselamat, tetapi mereka yang redha dan mengikut kejahatan para pemimpin itu (tidak selamat).
Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: Adakah perlu kami memerangi mereka? Rasulullah menjawab: Tidak, selagimana mereka menunaikan solat lima waktu. (At-Tamhid) Rasulullah SAW mengatakan bahawa antara punca berlakunya perpecahan ialah tidak melaksanakan kewajipan amar ma`ruf dan nahi mungkar: Maksudnya: Demi Allah hendaklah kamu melaksanakan amar ma`ruf dan nahi mungkar, hendaklah kamu menegah orang yang melakukan kezaliman, berilah dorongan kepada mereka agar menerima kebenaran, dan desaklah ia kepada kebenaran, ataupun Allah akan menyelisihkan hati-hati kamu antara satu sama lain, kemudian kamu akan dilaknati oleh Allah sepertimana Allah telah melaknati mereka itu. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmiziy) Rasulullah SAW telah bersabda berkaitan dengan meninggalkan peranan amar ma`ruf dan nahi mungkar yang akhirnya membawa kepada tercetusnya fitnah: Maksudnya: Daripada Huzaifah beliau berkata: Aku bertanya kepada Nabi SAW ketikamanakah amar ma`ruf dan nahi mungkar ditinggalkan sedangkan ia adalah penghulu segala amalan ahli kebaikan?.
Rasulullah SAW bersabda: Apabila menimpa kamu apa yang menimpa Bani Israel. Aku bertanya: Wahai Rasulallah! Apakah yang telah menimpa Bani Israeil? Rasulullah menjawab: Apabila orang yang baik di kalangan kamu berpura-pura (mengampu) di hadapan orang yang jahat, orang yang tidak pandai agama bercakap tentang agama dan orang yang tidak layak memerintah memegang kuasa pemerintahan. Pada ketika itu, akan berlaku fitnah, kamu memerangi fitnah tersebut dan fitnah itu menyerang kamu. (Mu`jam Al-Awsot) (Nazorot Hawla Wasoya Luqman: jil 2; 711) Kedudukan Mereka Yang Bersikap Berkecuali (“Biarlah..”) Kita perlu merenung sejarah silam, bagaimana peranan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang menjadi tugas seluruh umat berdasarkan tahap kemampuan mereka.
Bagaimana umat sebelum kita diperintahkan untuk melaksanakan tugas ini yang merupakan pendorong kesejahteraan dan menjadi sebab bagi kejayaan mereka. Bagaimana pula golongan kafir di kalangan Bani Israel dilaknat oleh Allah ‘Azza Wa Jalla melalui lidah nabi Daud dan Isa bin Maryam angkara penderhakaan dan permusuhan mereka. Bahana sikap tidak mencegah kemungkaran yang mereka lakukan. Islam memberi amaran keras agar kita tidak menuruti jejak langkah mereka ini. Jika tidak maka kita juga turut akan menerima kecelakaan seperti yang telah mereka alami.
Manusia akan mudah melaksanakan tugas ini jika mereka tahu bahawa sesiapa yang menunjukkan jalan kebaikan, mereka akan memperolehi ganjaran sepertimana orang yang melakukan kebaikan itu sendiri. Orang yang menyeru kepada hidayat juga mendapat ganjaran sepertimana orang yang mendapat hidayat. Dan demikian jugalah sebaliknya bagi orang yang menyeru kepada kejahatan. Mereka yang melakukan dosa juga mendapat padah seperti orang yang menyeru mereka. Orang yang mengabaikan tugas amar ma`ruf dan nahi mungkar telah menggolongkan diri mereka ke dalam kelompok manusia yang tidak mendapat perhatian dan pertolongan daripada Allah. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla: Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat? Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: (Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan, dan supaya mereka bertaqwa.
Maka tatkala mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakah orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka). (Al-A’raf: 165) Ayat ini mengisahkan tentang penduduk kota Eilah yang terletak di pantai Laut Merah, iaitu antara kota Madyan dan bukit Thur. Apabila berlaku maksiat di kalangan mereka, penduduk kota tersebut terbahagi kepada tiga golongan. Golongan pertama: Mereka menyokong perlakuan maksiat tersebut. Golongan kedua: Mereka berusaha mencegah kemungkaran dan sentiasa memberi nasihat. Golongan ketiga: Tidak menyebelahi mana-mana pihak, tidak menyokong kebenaran dan tidak menghalang kemungkaran. Dengan kata lain mereka mengambil sikap “biarlah..” Golongan ketiga telah berkata kepada golongan kedua: “Mengapakah kamu memberi nasihat kepada kaum yang telah Allah menentukan kebinasaan ke atas mereka dan kamu juga telah mengetahui bahawa Allah akan mengazab mereka di dunia dan akhirat.” Golongan kedua menjawab: “Kami memberi nasihat untuk melepaskan diri kami daripada dosa tidak mencegah kemungkaran.
Semoga kami mendapat pengampunan daripada Allah kerana kami telah menunaikan kewajipan. Mudah-mudahan dengan peringatan kami, mereka kembali kepada kebenaran dan melakukan kebaikan serta tidak lagi melakukan kemungkaran. Akhirnya Allah ‘Azza Wa Jalla telah menyelamatkan golongan kedua, manakala golongan pertama diazab oleh Allah ‘Azza Wa Jalla dengan disumpah menjadi kera. (Tafsir Al-Munir: jil 9; ms 143 & 144) Tidak disebut di dalam ayat berkenaan balasan bagi golongan ketiga. Mereka telah mengabaikan tugas yang diamanahkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla dengan tidak menyeru kepada kebaikan dan tidak menegah kemungkaran. Justeru itu, Allah ‘Azza Wa Jalla mengabaikan mereka. Maka mereka tidak berhak untuk mendapat pujian Mereka juga tidak sepatutnya dicela sebab mereka tidak melakukan maksiat.
Dalam erti kata yang lain, Allah ‘Azza Wa Jalla telah mengazab mereka dengan mengabaikan hal ehwal mereka. Doktor Yang Sakit Mengubati Pesakit ??!!! Tajuk ini adalah berkaitan dengan orang yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kejahatan sedangkan ia sendiri tidak beramal dengan apa yang disuarakannya, dengan itu Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:- Maksudnya: Patutkah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal. (Al-Baqarah: 44) Al-Imam al-Baidhowiy menegaskan; ayat ini menggesa supaya membersihkan jiwa dan menyempurnakan diri sendiri agar seseorang itu mampu untuk memperbaiki orang lain pula.
Ayat ini tidak menegah orang fasiq daripada memberi nasihat kepada orang lain, kerana jika seseorang gagal menyempurnakan salah satu daripada dua kewajipan tersebut, tidak semestinya dia perlu melepaskan atau mengabaikan kedua-dua tanggungjawab dan kewajipan tersebut. Al-Imam al-Qurtubiy menjelaskan ayat ini dengan hadis:- Maksudnya: Seorang didatangkan pada hari qiamat lalu dihumban ke dalam neraka maka terburailah segala isi perutnya, kemudian diputarkan sepertimana keldai mengelilingi pengisar air. Melihat keadaan ini ahli neraka berhimpun padanya dan mereka berkata: Wahai fulan! Tidakkah engkau mengerjakan amar ma`ruf dan nahi mungkar.
Orang itu menjawab: Ya, sememangnya dahulu aku menyuruh perkara ma`ruf tetapi aku tidak melakukannya dan aku menegah kemungkaran tetapi aku melakukannya. (Riwayat Bukhoriy) Hadis ini memaparkan balasan yang lebih dahsyat bagi mereka yang mengetahui perkara yang ma`ruf dan kemungkaran, dan ia juga mengetahui tentang wajibnya melaksanakan tugasan ini (tugas amar ma`ruf dan nahi mungkar) berbanding orang yang tidak mengetahui. Ini kerana mereka seolah-olah memperkecil- kecilkan hal-hal yang diharamkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla, dan memperlekehkan hukum-hakam. Mereka adalah orang yang tidak mengambil manfaat daripada ilmunya. Rasulullah SAW Bersabda : Maksudnya: Manusia yang menanggung azab yang paling pedih pada hari qiamat ialah orang yang mengetahui tetapi tidak mengambil manfa`at dengan ilmunya. (Diriwayatkan daripada Abu Hurairah) Berkaitan dengan perkara di atas, al-Imam al-Qurtubiy mengemukakan pandangannya: Ketahuilah – semoga Allah ‘Azza Wa Jalla memberi taufik kepada kamu – bahawasanya celaan di dalam ayat di atas adalah berpunca daripada meninggalkan perbuatan baik bukan kerana menjalankan tugas menyeru melakukan kebaikan.
Kerana itulah, Allah ‘Azza Wa Jalla mencela mereka sepanjang zaman hingga hari qiamat. Firman Allah SWT: Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (kejahatan), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (al-Maidah, 79) Antara lain, ayat ini menegaskan bahawa seseorang melakukan kejahatan juga dituntut supaya mencegah orang lain melakukan kejahatan. Sememangnya ia telah berdosa dengan melakukan kejahatan.
Dosanya akan bertambah jika tidak melarang orang lain melakukan kejahatan. Sebagai contoh seorang yang minum arak mestilah juga berusaha menegah rakannya yang meminum arak.
Langgan:
Ulasan (Atom)