SSsesiapa melakukan perbuatan biadap terhadap Allah secara terang-terangan dan berbangga dengannya, pasti Allah membinasakan dan memusnahkan mereka. Orang yang merenung sejarah silam dan perjalanan golongan terdahulu akan jelas mengetahui mengenai perkara tersebut. Apakah sebab kaum Nabi Nuh ditenggelamkan? Apakah sebab kaum Ad (kaum nabi Hud) dibinasakan dengan angin ribut yang kencang? Apakah sebab kaum Thamud dibinasakan dengan disambar petir?
Khamis, 1 Mei 2014
ANGKARA TIDAK DERHAKA PADA KURNIAN ALLAH S.W.T. ( TERCIPTA SATU sikap YANG TERINDAH kerana MUHARRAM ).
************** http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam**************
Kita selalu menyambut Hari Asyura, akan tetapi tahukah kita kisah di sebalik 10 Muharram ( Hari Asyura )?
1. Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah;
2. Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah ke langit;
3. Nabi Nuh a.s. diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelami air bah selama 6 bulan;
4. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud;
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.;
6. Nabi Yusof a.s. dibebaskan dari penjara;
7. Penglihatan Nabi Yaakob a.s. yang kabur dipulihkan oleh Allah;
8. Nabi Ayub a.s. dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritanya;
9. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam;
10. Laut Merah terbelah dua untuk selamatkan Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya dari tentera Fir’aun;
11. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah;
12. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan kerajaan besar oleh Allah;
13. Nabi Isa a.s. diangkat ke langit;
14. Hari pertama Allah ciptakan alam;
15. Hari pertama Allah turunkan hujan;
16. Hari pertama Allah turunkan rahmat;
17. Allah jadikan Arasy;
18. Allah jadikan Luh Mahfuz; dan
19. Allah jadikan malaikat Jibril.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan